Kali ni melalui rancangan Rona Sabah pada hari Selasa, jam10 malam yang lepas dan ulangannya pada Rabu, jam 11 pagi.
Rona Sabah kali ini mengisahkan industri pelacongan di Sabah yang terjejas sama ada pengusaha homestay, hotel, aktiviti selam skuba, aktiviti rekreasi alam, kedai makan, memancing dan lain-lain yang berada di sekitar Kundasang, Tambunan dan Semporna. 3 bulan tiada bisnes adalah sesuatu yang sangat perit kepada semua peniaga.
Harapan itu sentiasa ada. Industri pelancongan tempatan mampu untuk bangkit semula dengan sokongan penduduk lokal sendiri. Ini masanya kita mansau puas-puas pusing negeri kita yang indah ini sambil sapot bisnes tempatan. Khabarnya banyak tempat pelancongan tawarkan harga yang lebih murah dan pakej menarik sekarang.
Bah jangan kasi lama. Ayuh Sabahan kita ronda Sabah! Datang Kundasang jangan lupa singgah di kebun saya Kundasang Aquafarm dan menginap di Midori Homestay
Terima kasih krew Rona Sabah khususnya kepada penerbit, Abang Haji Idzham yang berjaya menerbitkan rancangan tersebut, sekaligus menyuntik semangat kepada usahawan pelancongan dan semua industri yang berkaitan agar bangkit semula.
Rakaman penuh rakaman Rona Sabah tersebut boleh ditonton di sini:
#SabahanRondaSabah #MidoriHomestayKundasang